Islam sebagai agama universal

Islam sebagai suatu agama telah ditempatkan sebagai suatu pilihan dan sekaligus ajarannya dijadikan pedoman dalam kehidupan umat manusia. Sehingga keberadaannya telah memberikan arahan dalam pengembangan perdaban umat manusia dalam segala bidang terutama dalam bidang pengetahuan dan teknologi, bukan hanya ajaran ibadah dan aqidah semata.
       Islam adalah agama yang bersifat terbuka dimana Islam selalu memberikan keleluasaan kepada umatnya untuk berfikir ke depan dalam rangka mencapai tingkat peradaban dan kemajuan yang lebih baik. Islam merupakan agama yang memberikan rahmat bagi seisi dunia ini. Oleh karena itu syariah Islam sebagai suatu syariah yang dibawa oleh Rasul terakhir mempunyai keunikan tersendiri yaitu sebagai agama yang lengkap dan universal. Komprehensif dan lengkap berarti syariah Islam merangkum seluruh aspek kehidupan baik ritual (ibadah) mahupun sosial ekonomi (muamalah).
       Islam sebagai agama dan pandangan hidup yang komprehensif atau lengkap dan ditunjukkan dengan ayat-ayat al-Quran yang apabila dikelompokkan akan mengatur diantaranya, tentang hal-hal berikut ini:

a. Aqidah :
  1. Iman kepada Allah SWT
  2. Beriman kepada Rububiya Allah dalam segala hal
  3. Beriman kepada ke Tuhanan Allah
  4. Beriman kepada nama-nama Allah dan Sifat-sifatnya
  5. Beriman kepada para Malaikat
  6. Beriman kepda Kitab-kitab Allah
  7. Beriman kepada al-Quranulkarim
  8. Beriman kepada Rasul-Rasul
  9. Beriman kepada Risalah Muhammad SAW
  10. Beriman kepada hari akhir
  11. Beriman kepada siksa kubur dan kenimatannya
  12. Beriman kepada Qadha' dan Qadar
  13. Tauhid Ibadah
b. Etika, yang dikelompokkan menjadi:
  1. etika niat
  2. etika terhadap Allah SWT
  3. etika terhadap al-Quran
  4. etika terhadap Rasulullah SAW
  5. etika terhadap diri sendiri
  6. etika terhadap manusia
  7. etika ukhuwah kerana Allah dan mencintai kerana Nya
  8. etika duduk dan ruang pertemuan
  9. etika makan dan minum
  10. etika bertamu
  11. etika berpakaian
  12. etika sifat-sifat fitrah
  13. etika tidur
c. Akhlak yang dikelompokkan menjadi:
  1. akhlak yang baik
  2. akhlak sabar dan bertahan terhadap gangguan
  3. akhlak bertwakkal kepada Allah SWT dan percaya diri
  4. itsar dan cinta kebaikan
  5. akhlak adil dan pertengahan
  6. akhlak penyayang
  7. akhlak berbuat baik
  8. akhlak benar
  9. akhlak dermawan
  10. akhlak tawadhu' dan keburukan sombong
  11. akhlak-akhlak tercela
d. Ibadah, meliputi:
  1. thaharah (bersuci)
  2. etika buang air
  3. wudhu'
  4. mandi
  5. tayamum
  6. hukum haid dan nifas
  7. Solat
  8. hukum-hukum sekitar jenazah
  9. zakat
  10. puasa
  11. haji dan umrah
  12. mengunjungi masjid nabawai dan mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW dimakamnya
e. Muamalah
  1. jihad
  2. jual beli
  3. beberapa aqad
  4. beberapa hukum
  5. warisan dan hukum-hukumnya
       Universal bermakna syariah Islam dapat diterapkan dalam setiap tempat dan setiap waktu sampai hari akhir tiba nanti. Perkara ini tampak jelas terutama pada bidang muamalah. Selain mempunyai cakupan luas dan fleksibel, muamalah tidak akan membezakan antara muslim dan non muslim.
       Islam sebagai agama yang universal bererti aturan-aturan, penjelasan-penjelasan, perintah-perintah, larangan-larangan serta seruan berlaku untuk seluruh manusia yang tidak terbatas pada umat Islam dan sampai hari akhir zaman.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Powered by Blogger.

Kami lima bersaudara.. huhu

Kami lima bersaudara.. huhu
<3

Wikipedia

Search results

Do good deeds properly, sincerely and moderately and know that your deeds will not make you enter Paradise, and that the most beloved deed to Allah’s is the most regular and constant even though it were little.”

About me?? It's About us...