Cabaran dan tentangan umat Islam pada saat ini ada sepuluh jenis:
1- Kaum Atheis (kaum yang tidak mempercayakan adanya Tuhan). Mereka melontarkan ideologi yang rosak dan dusta.
2- Meragui akan risalah yang kekal, kebenaran kenabian dan kebenaran Muhammad SAW.
3- Aggapan bahawa kajian tentang syariat Islam telah berakhir kerana syariat Islam tidak lagi sesuai dengan zaman dan tidak dapat menjawab apa-apa yang diperlukan oleh umat.
4- Mereka mengatakan bahawa Isam telah mengekang hak-hak wanita, mengekang kebebasan mereka dan tidak memberikan emansipasi wanita.
5- Para pemuda tergelincir ke lembah kenistaan dan amalan syahwat. Mereka terjebak dengan minum minuman keras dan kebebasan pergaulan dengan wani ta.
6- Merosakkan akidah melalui misi budaya.
7- Menghilangkan keaslian ajaran Islam dengan mencampurkan hiburan-hiburan merosak akidah dan rendahan sehingga tidak dapat lagi menegakkan kebenaran risalah Islam.
8- Terlalu membangga-banggakan produk orang kafir dan peradaban material dan menjadikannya ikutan bagi mereka.
9- Beranggapan bahawa sikap iltizam (konsisten) dalam agama merupakan penyebab sikap ekstrim, pengganas, kaku, ketinggalan dan sebagainya. Propaganda ini semua adalah dari kaum Israel dan kuncu-kuncunya seperti BBC Inggeris dan lain-lain.
10- Para orang kafir dan golongan sekular membuat tindakan sesuka hati mereka terhadap para pendakwah dengan tuduhan keji dan menyakitkan.
Jadi bagaimanakah untuk menyelesaikan hal ini...
Umat Islam sendiri patut mengubah diri mereka sendiri dengan mengisi dada dengan ilmu-ilmu supaya kita boleh melawan mereka dengan cara yang halus juga..
Kita memasuki pertempuran dengan kekuatan yang lemah sayap yang patah dan panji-panji yang terbalik, sekali lagi.. ini salah kita.. kerana kita tidak berpegang teguh dengan kalimat La ilaha illaallah. Tetapi sebaliknya kita berpegang pada dasar nasionalisme, patriotism, sekularisme dan lainnya. Maka kita akan kalah sedang mereka akan menang dan mengalahkan kita umat Islam. Allah SWT telah mengangkat darjat umat-Nya melalui sujud yang dilakukan oleh umat itu. Itulah fitrah semulajadi umat Islam. Allah SWT juga telah menurunkan buku panduan yang agung iaitu Al-Quran sebagai kita yang kekal selamanya.
Dengan demikian bila umat Islam berpegang kepada fitrah dan Al-Quran itu, maka mereka berhak menjadi umat Allah SWT. Oleh itu, kita dilarang sujud kecuali kepada Allah SWT. Maka apabila kita menghadap kepada selai-Nya, kita akan kalah dan sengsara.
Cabaran Umat Islam pada Masa Kini
No related post available
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
Kami lima bersaudara.. huhu

<3
Wikipedia
Search results
“Do good deeds properly, sincerely and moderately and know that your deeds will not make you enter Paradise, and that the most beloved deed to Allah’s is the most regular and constant even though it were little.”
0 comments:
Post a Comment